Kemalangan | Kanak-kanak tersepit jari kaki di eskalator

2022-05-14 0

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun terpaksa menahan kesakitan hampir 30 minit, apabila ibu jari kaki kanannya tersepit eskalator di sebuah pusat beli belah di Alor Setar, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.54 petang.